shopping & melalak????


  • salam tgh hari sume kpd pembaca blog nie… semalam aqu & spupu aqu telah ke kuala terengganu.. nk tau ape agenda aqu??? aqu ke sana cuma nk shopping je…ingt pompuan je suka shopping… aqu pon suka, tp setahun skali je la.. mne ade duit nk shopping setiap minggu…hak3x…. sempena Year End Sale (Y.E.S) ni, aqu beli la brg2x yang berjenama skit seperti bonia & alain delon… hihihi…(xpernah lagi aqu pakai mcm nie) …. tp nk cube pe salahnye kn….. 6ti aqu tunjuk pix kemeje yang aqu ckp tu erk… hihihi… agenda kedua kitorang pe lagi, setiap kali kami keluar mne2x, mmg kami g melalak (karoeke la).. haha… ni sebahagian pix2x kami semalam…. dan kepada mereka yang lulus cemerlang dlm PMR hari nie, tahniah la.. & sape2x yang dpt result kurang skit, jgn bersedih…amik la pengalaman dan ubah kepada kejayaan kelak…..

currently listening : sera-Di Badai Asmara
p/s : jgn lupa shopping…dh nak masuk tahun baru dh nie…hihihi (peace)

jogging


selamat tengah hari semua…. hujan masih turun seperti biasa.. kali nie aqu nk tunjuk kt korang sume tempat aqu jogging dari kecik dlu sampai skunk, tempat ayah aqu train aqu slama nie & tempat aqu bermain dari kecik….tempat yang aqu maksudkan ialah Taman Dungun. Lokasinya bersebelahan je dengan pantai.. jadi law nk hirup udara segar, visit la dungun… hahaha..sambil2x korang beriadah, korang boleh nikmati pemandangan n udara yang bersih.hihihi (promote skit)…. ia mempunyai trek sepanjang 700m untuk satu pusingan dengan laluan yang menarik seperti mendaki bukit, law mendaki mestilah menuruni bukit… hehehe… di Taman jgk terdapat “mini gym”…6ti aqu tunjukkan gmbar2x erk… juag terdapat tempat riadah untuk kanak2x serta litar kereta kontrol yang menjadi tempat perlumbaan peringkat kebangsaan setiap tahun…. setiap pagi aqu akn turun jog dengan ayah n kenalan2x aqu sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim …tol x kwn2x??? ok, skunk giliran korang plak tgk pemandangan sekitar trek kat bwh nie…pemandangan selepas hujan, jdi basah la skit..ngeh3x….

ni la galeri riadah untuk kanak2x…cantikkan?

ni mini gym yang menjadi tumpuan pengunjung wanita….hihihi

laluan trek

ni la litar yang sentiasa dipenuhi oleh golongan yang suka bermain kreta kontrol x kira masa

currently listening :: patri-jinbara
mood :: tenang sbb xde mslh
p/s :: law nk tgk secara dekat, datang la Dungun…peace

nyum2x~


selamat tengah hari sume.. hari yang begitu dingin dek kerana hujan yang turun dengan lebat sejak semalam lagi.dah lama aqu x tulis dalam blog aqu nie… ape yang aqu nk share ngn korang kali nie adalah….jeng3x (saje je wat saspeng je padahal dok saspeng pon) hahaha…xde la.. kami satu family besar adakan majlis bubur asyura… “setahun hanya sekali”(mcm lagu raya la plop)…. pagi jumaat tu kami sume ramai2x kumpul n lakukan tugas masing2x la…. memg syok law kumpul ramai2x… kn??? sluruh ahli kuarga yang jauh n dekat sume dtg. nie adelah pic2x yang sempat aqu snap sepanjang majlis berlangsung…….

mood :: tenang
currently listening :: meniti suratan-may
p/s :: eratkan hubungan silaturahim agar hubungan itu tak akan pupus di telam zaman..peace

haiwan berbisa~


semalam aqu sekuarga telah ke muzium negeri terengganu untuk menyaksikan pameran haiwan berbisa yang berlangsung dua hari di sana… cuaca elok je masa kami skuarga bertolak…tp hujan lebat sepanjang perjalanan …..pe agy..aqu pon tido je la dlm kete..ngeee~ bleh dikatakan penuh pelawat dtg nk tgk pameran tu…. aqugeli hati tgk telatah dua org adeq aqu iaitu ‘bun’ & adeq wan sbb diorg takot melihat haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, obor2x, & sume jenis haiwan berbisa depan mata mereka sndiri…. ni pic2x yang sempat aqu snap (snap curi2x) mne bleh snap gmbr dlm muzium kn?? hahahaha ….tp pkai kamera hp je… huhuhuhu…..

P/S :: visit terengganu!

{k}{i}{n}{a}{b}{a}{l}{u}


seminggu perjalanan yang sangat menggembirakan dalam hidupku… korang sume mesti dh tau yang aqu ke sabah dalam ekspedisi mendaki gunung kinabalu…tp korang x taw crita disebalik gambar2x yang korang sume tgk kt fb tuh…. skunk aqu akn bongkarkan sume crite2x lucu, sedih n sume lah… hik hik hik

20 oktober kami seramai 34 org pelatih PJ berangkat ke LCCT KL pada jam 5 ptg.. x banyak citer menarik pada hari nie sbb aqu    tidow je dlm bas.

21 oktober– kami tiba di LCCT jam 4.30 pagi, flight kami sume berperingkat. Paling awal pon ham 6.45 pagi…. flight aqu jam 12.50 tghhari…. bosan punye bosan jdi byk la agenda yg aqu cipta sndri… aqu pegy amik gmbr la.. mkn kfc la..round2x kt luar la… yang paling x tahan, aqu tido dlm LCCT guna sleeping bag dgn slamber jer.. hahaha… mmg nmpk mcm merempat tp matsalleh sume tido gtu, so aqu follow je la. hihihi. tepat jam 12.50, aqu naik pesawat buat pertama kali dlm hidupku (tutup muka ngn bantal sbb maloo) dengan berdebar2x.. hahaha.. aqu tiba di lapangan terbang kota kinabalu jam 3.20 petang. pon kali pertama sampai di bumi Sabah. aqu & kwn2x menginap di AAA(Api-Api Apartment). AAA nie byk speselnyer…. haha..korang nk taw?? setiap mlm law nk cuci mata mai la AAA… sekitar apartment kami nie penuh pub, bistro, disco….so byk la aweks2x yang ley menggoda keimanan… (jgn bmbg, aqu tgk jer)..hihi… yang aqu x tahan tu, maknyah ramai giler…. hak3x

22 oktober– kami bersiap dengan serba biru untuk ke IPG Kent & UMS…. di IPG Kent, kami melawat saudara kami yang satu kos dengan kami..kami bertukar2x pndapat n tambah knlan… kesimpulan kami n diorang xde beza sgt pon… hihihi.. kemudian kami ke UMS…. pon kami buat sesi tukar pndapat dengan pelajar sukan disana… yang bestnye diorg ade gym highclass… so yang ni berbeza dengan kami.. mknanya kami perlukan peralatan gym yang setaraf dengan diorang.

23,24,oktober– kami masih lagi menginap di AAA… hihihi… 2 hari berturut2x nie xde aktiviti wajib…so kami ronda2x, shopping skit kt CP(Central Point), beli cenderahati kt Pasar Filipina n mcm2x la..boleh katekan 3 hari nie tak kosong la… kesimpulannya berada di bndar KK nie mmg best cuma mknan agak mahal(tu yang kami kureng suke tuh) huhuhu…..

25 oktober– kami tiba di Rose Cabin iaitu kaki gunung kinabalu disambut dengan baik dalam keadaan hujan renyai2x… di rose cabin pon dh terase dingin seperti di Genting je.. hihi..betol, memg dingin. air nk mandi jgn ckp la sejuk mcm air terjun.. tu baru kaki gunung…. kami bermalam di sana sebelum menanti hari esok.

26 oktober– hari yang ditunggu2x telah tiba.. setelah sume siap, kami berangkat ke Kinabalu Park iaitu pintu gerbang (timpohon gate) untuk kami mendaki. kami dibahagi kpd beberapa kumpulan kecik untuk memudhkn pergerakn. naik je 500m keatas gunung, hujang mula turun. nk ke tak nk, kami tetap mndaki. taw2x je la bila hujan ca,pur dgn udara dingin gunung, sejuknye x terkata la…. penat giler daki gunung walaw stamina ade,. aqu berhnti dengan lama di kilometer ke 3 sbb otot peha aqu krem dengan terok akibat sejuk suar bsh + sejuk suhu tyme tu +otot lesu sgt2x nk melangkah. betol la org ckp, daki 10 langkah pastu berhnti… akhirnye mmg aqu percaya fakta tuh~ aqu tak give up, mcm ne pon aqu kne tiba di Laban Rata di kilometer ke 6 iaitu tempat aqu kne menginap sebelum sambung mendaki lagi.. akhirnya aqu n kawan2x yang lain slamat sampai di Laban Rata.. disana suhu 2 darjah celcius… cakap pon berasap mulut… mmg aqu sgt teruja boley berada pada suhu mcm tu. kami sume tido di Gunting Lagadan iaitu behampiran dengan Laban Rata… kami dipaksa tido lepas isyak iaitu pd jam 7 mlm… (sana kn awal skit dr semenanjung)…

27 oktobertido jam 7 mlm n bangn jam 2 pagi sebb kami sume kne sambung pendakian dipuncak… aqu nk basuh muka n mandi tp terpksa batalkn hajat tuh sbb air 4 kali gnda sejuk dari sejuknya air kaki gunung,,,, basuh muka pon paksa diri…. aqu pakai stoking 3 lapis, suar 3 lapis, bju 2 lapis termasuk sweater bubble(yg tebal), sarung tgn kalis air, snow cap, & headlamp… kuar je dari pintu… peerggh, sejuk giler walau sume pkaian salji dh aqu pkai tuh.. hihi… kami mula la pendakian naik ke puncak gunung… punyelah bhya sebb pergerakan kami 90% berpaut pd tali..law terlepas tu, arwah la jawabnyer… kami daki dalam gelap n dalam suhu yang sgt2x sejuk sehingga lah aqu sampai betol2x dipuncak gunung dimana xde dh batu2x gunung lebih tinggi dari aqu… aqu solat subuh betol2x dipuncak, sedar x sedar, rupanya aqu menangis sambil solat sbb aqu x percaya aqu telah solat di tempat yang sgt tinggi n sgt susah nk ke sana. pe agy, kami bergambar sakan n aqu sempat 3g agy. hahaha… suhu di puncak lebih dari takat beku sehingga ade ais di snowcap aqu… bayangkan betapa sejuk nye atas sana. tyme nk turun paling aqu x suka sbb curam giler.. dan aqu x percaya yang aqu boleh naik dlm keadaan curam gtu. daripada puncak sampai la ke Timpohon Gate adalah perjalanan turun yang sangat lama. sehingga semua antara kami ada kecederaan kaki.  tapi aqu puas sgt2x kerana dapat menawan puncak yang xpernah aqu terfikir untuk daki ke sana.. setelah semua selamat turun, kami berangkat pulang ke AAA…ihihihii…. kami tido semalaman dengan nyenyak akibat sakit urat n penat yang terlampau.

28 oktober iaitu hari terakhir kami semua di Sabah…. kami bersiap & kami berangkat ke lapangan terbang KK… kami lepak di airport sbb penerbangan kami jam 6.30 petang… kami sume sampai LCCT jam 9.30 mlm…sempat agy aqu mkn mcD… hehehe… kami bertolak pulang dngan hati yg gmbira walau hbs sakit satu bdn..hihihi

29 oktober-kami selamat sampai di IPG KKB jamm 10 pagi . yay!!!!

sini aqu nk letak top foto yang semasa kami disana…

mood: sangat2x ok….
currently listening : takdir & waktu

pameran or petandingan?????


pameran ke pertandingan? aqu mula kompius…. huhuhu.. berdebar pon ade sbb rakan aqu di mktb mizan cakap IPTAA & IPKT pon ade skali..cuak plak beb…. adoy…. sume rase ade..bmbg ade, cuak ade, berdebar ade, takut pon ade…. hope sgt kami menang…. pertandingan lusa, M.S machine blom berada dalam tahap yang terbaik…. cume tinggal hari ni ngn esok je nk bagi alat kami tu meletup.. hahaha…. insyaAllah kami akan wat yang terbaik …. ramai yang bertanya pada sy di fb… “kne pkai bju pj la nk cuba alat kami”.. so jwpn nye, kami reka khas alat nie untuk sume…x kisah baju kurung ke, baju melayu ke, cheong sam ke, sari ke, bju ‘kot’ ke, kemeje ke sume boleh cube.. jgn skirt sudaa.. hahahaha… ni ada sdikit gambar untuk korang tgk…. ok???  kalau ade persoalan… jgn malu jgn segan,, tnye jer… orait???

Tuan pengarah IPKB di malam persiapan tapak pameran kami ….

lec2x yang datang cuba pada hari pameran……

& model M.S Machine…..

*6ti korang boley cuba alat kami nie, pakai la pape pon kecuali skirt…ok? hahahaha

*nk pkai skirt pon dialu-alukan…ngee~

SELAMAT MENCUBA!

we are champ!!!!!!!


sungguh aqu x sangka bahawa kemenangan milik kami….,  pada 3-5 oktober baru nie kami sekelas join pertandingan inovasi peringkat mktb… mcm2x idea yang rakan2x bagi untuk cipta sesuatu yang baru.. akhirnye kami bersetuju untuk cipta satu bende daripada 100% bahan terbuang yang beri manfaat kepada kesihatan tubuh badan. pikir punye la pikir maka tercipta lah M.S Machine…. ( muscle strength machine)…. alat nie dicipta untuk kuatkan otot biseps n triseps.. ia sebuah mesin prototaip yang dicipta khas untuk murid2x sekolah dalam pembinaan otot…. selama 3 hari pertandingan, kami semua bekerja sehabis baik bagi memperkenalkan alat ini kepada sume… alhamdulillah, kami berada pada ranking pertama secara keseluruhan pertandingan,….. kami dapat banggakn Jabatan PJ dengan mesin kami nie.. hahaha… bangga jgk la seposen.. ngee.~ baru2x nie aqu mendapat satu pnggilan istimewa daripada pihak maktab…bunyinye mcm nie..”inovasi basikal kamoo ranking pertama, so kami mahu hantar team kamoo sebagai wakil mktb dalam pertandingan inovasi di maktab Mizan…. berderaw darah den….. pape pon kami harap kami dapat banggakan satu mktb kota bharu dengan M.S Machine kami……. ni sedikit sebanyak proses menyiapkn tapak pameran kami…

nota kaki : kpd sume yang baca tentang inovasi kami nie hope berdoa agar kami membawa kemenangan selasa nie

currently listening: terus terang- radja

merdeka’s cutest baby……


selamat hari merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia yang ke- 53…………. aqu bersyukur kerana lahir di bumi Malaysia kerana Malaysia aman dan damai…. disebalik perayaan sambutan kemerdekaan ini, aqu terjumpa secara tak sengaja dengan sebuah famili yang mempunyai baby yang sangat cute miut yang tarikh lahirnye 31 ogos 2009 di Pulau Pinang (anak merdeka)……. aqu dan rakan aqu bercuti disana minggu lepas….. selamat hari lahir aqu ucapkan kepada syaheera….. semoga panjang umo n murah rezeki…..6ti abg bagi mainan….. ok????

*setiap hari aqu tatap wajah baby ni masih x puas2x…. kalau korang tgk, mesti korang akan cakap baby nie comel sgt2x……..jom!!!!!!

epy birthday!!!!


hari nie merupakan hari lahir adeqku yang paling comey yang genap usianya 3 tahun…. aqu dah beli hadiah untuk dia tapi malangnya aqu x dapat pulang ke kampung untuk celebrate birthday dye.. huhuhu.. sedihnye… mesti dye tertanya-tanya mana along dye.. sbb setiap tahun aqu akan beri hadiah yang besar2x… hehehehe.. xpe…aqu akan pulang ke kampung pada 2/9 nie insyaAllah. nk tau x ape aqu belikan untuk budak kecik nie? set mainan ‘ben 10’… sbb aqu tau adeq aqu nie suka sangat ngan mainan Ben 10 nie.. ishhh….x sabarnye nk bgi mainan tu & main ngn dye.. hehehehe… selamat hari lahir sekali lagi along ucapkan pada adeq… emmmuuahhh~

 

plastik sampah~


pada hari selasa lepas, sehari sebelum kita semua menyambut kedatangan Ramadhan, aqu ade membuat satu pertandingan mereka cipta pakaian yang diperbuat daripada plastik sampah. dalam masa 40 minit , mereka semua mempamerkan pkaian yang mereka semua cipta. (dalam hati aqu, bagus jgk budak2x nie reka pakaian)..ade bakat la jgk.. hahaha. dalam pertandingan nie, aqu wujudkan 3 kumpulan iaitu kumpulan A B C… secara keseluruhannya, kumpulan A menang ,,,,ni pix diorang~ tgk lah~

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK